Konsep Takaful.
Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat persaudaraan dan perpaduan apabila peserta seperti anda bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dari segi kewangan jika keperluan tertentu ditetapkan. Selaras dengan hasrat ini, peserta membayar sumbangan mereka berdasarkan Tabaruru` ( derma ) ke dalam dana takaful keluarga yang kami uruskan sebagai pengendali takaful.
~Takaful~
Persidangan Jawatankuasa Fatwa 1979 memutuskan bahawa Insurans adalah HARAM bagi umat Islam kerana ia : mengandungi unsur gharar, judi dan riba'. Takaful adalah pilihan terbaik kerana bercirikan Islam.
( RUJ. JAKIM: 4000/1/4JLD)
KAD PERUBATAN ( ULTRA MEDIC )
PELAN UNTUK KESIHATAN ANDA
ULTRA MEDIC RIDER
Memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM 1, 500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.
MANFAAT UTAMA
Dengan ultra Medic Rider, anda akan menikmati manfaat2 utama yang unik seperti berikut :
* PENDAPAT PERUBATAN KEDUA
Kami memahami bahawa anda sedang berusaha untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga disamping memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat pendapat kedua ialah laporan perubatan anda boleh di hantar ke mana2 institusi perubatan terkenal didunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan cara ini anda menerima pendapat daripada pakar2 perubatan yang terkemuka didunia untuk dibandingkan dengan diagnos anda yang sedia ada.
* RAWATAN PERUBATAN ALTERNATIF
Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital seperti Kiropraktor, Kiropodi, homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
* BONUS TANPA TUNTUTAN
Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami berikan 5 % daripada premium rider dengan syarat tiada tuntutan di buat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga ( 3 ) polisi dan tahun berikutnya.
* TIADA KO - TAKAFUL
Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. di Etiqa kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara penuh supaya anda bioleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan bil2 perubatan.
* KAD KEMASUKAN HOSPITAL TANPA TUNAI
Ultra medic Rider disertakan dengan satu kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukannya hanya satu kemudahan untuk nmenggunakan kad semua dalam satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

No comments:
Post a Comment